Saturday, October 09, 2004

Tempat Ketiga Pertandingan Video Minggu Kesihatan KYUEM

Dewan Besar, KYUEM - Rumah Sapphire telah memenangi tempat ketiga bagi pertandingan rekacipta video bertemakan minggu kesihatan yang sedang berlansung di sini. Pada pertandingan yang sama pada tahun lepas, rumah Sapphire telah memenangi anugerah Penyampaian Mesej Terbaik. Sistem pembarian hadiah dan kategori kemenangan telahpun ditukar pada tahun ini.

Para pengkritik mengatakan bahawa punca kekalahan kepada rumah Diamond (tempat kedua) dan rumah Topaz (tempat pertama) adalah kerana kualiti video yang tidak memuaskan, serta penggunaan dialog yang tidak sesuai. Tema idea yang hampir serupa dengan rumah Topaz juga menyumbang kepada ketidakmenyerlahan persembahan video ini di hadapan para juri.

Beberapa pihak dalam rumah Sapphire telah menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap penerbitan video ini yang mirip kepada idea dan konsep sebuah rumah lain. Mereka turut menambah bahawa keinginan sesetengah pihak untuk menjadi popular turut mencacatkan penerbitan video ini secara keseluruhannya. Diharapkan para exco Sapphire dapat memastikan bahawa perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home