Perbincangan Bangsawan 2005
Kelas 1.4, KYUEM - Sebuah mesyuarat mengenai tajuk lakonan Bangsawan serta persediaan jalan kerja telah diadakan di antara exco rumah dengan beberapa sukarelawan yang akan bertindak sebagai direktor, penulis skrip, pengurus tarian, pengurus pentas dan beberapa tugas utama yang lain. Perbincangan tersebut, susulan kepada mesyuarat antara ahli exco mengenai perkara yang sama semalam, telah berbincang dan bersetuju untuk memilih satu tajuk daripada beberapa yang telah diusulkan. Mesyuarat juga telah menyentuh mengenai beberapa hal yang lainnya dan telah menetapkan suatu perancangan bagi penghasilan skrip serta pemilihan para pelakon.
Mesyuarat berikutnya dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis, 4hb November 2004, dan melibatkan semua ahli rumah. Mesyuarat tersebut dijangka akan memaklumkan ahli-ahli rumah mengenai jalan cerita yang telah dipilih serta pembahagian tugas dalam menjayakan lakonan tersebut. Semoga semua ahli rumah dapat memberikan sokongan dan sumbangan tenaga dalam menjayakan hasrat dan inspirasi ini.
2 Comments:
tak tau katne nak post..taklim kat kg lelaki sapphire dah xde ke? or aku yg tido awal? - penghuni cele p-21 a / ex l-03 a
tang tu kena tanya house cap... tapi topik ni mungkin dapat dibangkitkan nanti.
Post a Comment
<< Home