Friday, November 05, 2004

Pemashyuran Bangsawan

L.T 2, KYUEM - Telah dimashyurkan oleh Enchik dan Chik Direktor, setelah diperkenankan oleh para jemaah tertinggi Rumah, akan tajuk dan jalan cerita asas bagi lakunan bangsawan yang akan diadakan pada semester hadapan. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat sedang berlansungnya mesyuarat tersebut, namun para ahli pada dasarnya bersetuju dan berpuas hati dengan segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan.

Perlantikan Jawatankuasa Bangsawan yang berlangsung sejurus selepas pembentangan jalan cerita juga telah dijalankan dengan jayanya. Beberapa muka lama yang telah berkhidmat kepada rumah dalam sesi Bangsawan yang lepas, serta beberapa tokoh terkenal daripada produksi Cultural Performance bagi kedua-dua tahun, turut tersenarai dan dicalonkan sebagai penggerak rancangan, berganding bahu dengan beberapa tokoh muda yang berkaliber.

Setelah segala perlantikan dan perancangan yang telah dilakukan berjaya disempurnakan, penyediaan manuskrip serta penataan pentas akan dilaksanakan, diikuti dengan sesi pemilihan pelakon. Diharapkan ahli-ahli rumah akan berganding bahu dan bersama-sama menjayakan persembahan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home