Saturday, October 30, 2004

Perbincangan Bangsawan 2005

Kelas 1.4, KYUEM - Sebuah mesyuarat mengenai tajuk lakonan Bangsawan serta persediaan jalan kerja telah diadakan di antara exco rumah dengan beberapa sukarelawan yang akan bertindak sebagai direktor, penulis skrip, pengurus tarian, pengurus pentas dan beberapa tugas utama yang lain. Perbincangan tersebut, susulan kepada mesyuarat antara ahli exco mengenai perkara yang sama semalam, telah berbincang dan bersetuju untuk memilih satu tajuk daripada beberapa yang telah diusulkan. Mesyuarat juga telah menyentuh mengenai beberapa hal yang lainnya dan telah menetapkan suatu perancangan bagi penghasilan skrip serta pemilihan para pelakon.

Mesyuarat berikutnya dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis, 4hb November 2004, dan melibatkan semua ahli rumah. Mesyuarat tersebut dijangka akan memaklumkan ahli-ahli rumah mengenai jalan cerita yang telah dipilih serta pembahagian tugas dalam menjayakan lakonan tersebut. Semoga semua ahli rumah dapat memberikan sokongan dan sumbangan tenaga dalam menjayakan hasrat dan inspirasi ini.

Friday, October 22, 2004

Kemeriahan Ramadhan Mula Terasa

Kampung Lelaki, KYUEM - Chalet 17 dan 18 menjadi chalet pertama yang memasang kerlipan lampu di luar perkarangan sebagai menyambut bulan Ramadhan dan kedatangan Raya Aidilfitri. Sumber-sumber rasmi menyatakan bahawa sekiranya tiada tindakbalas negatif daripada pihak berkuasa, beberapa chalet lain akan turut serta memeriahkan sambutan tersebut.

Kedua-dua chalet tersebut dianggarkan telah membelanjakan sebanyak RM 15 hingga RM 20 bagi pemasangan perhiasan tersebut. Maklumat rasmi menyatakan bahawa bekalan lampu tersebut diperoleh daripada Tanjung Malim dalam satu rombongan yang telah disertai oleh beberapa ahli Sapphire.

Friday, October 15, 2004

Salam Ramadhan

Kampung Lelaki, KYUEM - Perkarangan Kampung Lelaki Sapphire lengang menjelang sambutan ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Laporan yang sama juga diterima daripada Kampung Integrasi, Kampung Seberang dan Kampung Wanita Sapphire. Sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu bahawa kelepasan cuti selama 3 hari bermula esok (Jumaat) menjadi penyebab utama ramai di kalangan jemaah Sapphire pulang berantau ke kampung halaman masing-masing. Semoga mereka selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Saturday, October 09, 2004

Tempat Ketiga Pertandingan Video Minggu Kesihatan KYUEM

Dewan Besar, KYUEM - Rumah Sapphire telah memenangi tempat ketiga bagi pertandingan rekacipta video bertemakan minggu kesihatan yang sedang berlansung di sini. Pada pertandingan yang sama pada tahun lepas, rumah Sapphire telah memenangi anugerah Penyampaian Mesej Terbaik. Sistem pembarian hadiah dan kategori kemenangan telahpun ditukar pada tahun ini.

Para pengkritik mengatakan bahawa punca kekalahan kepada rumah Diamond (tempat kedua) dan rumah Topaz (tempat pertama) adalah kerana kualiti video yang tidak memuaskan, serta penggunaan dialog yang tidak sesuai. Tema idea yang hampir serupa dengan rumah Topaz juga menyumbang kepada ketidakmenyerlahan persembahan video ini di hadapan para juri.

Beberapa pihak dalam rumah Sapphire telah menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap penerbitan video ini yang mirip kepada idea dan konsep sebuah rumah lain. Mereka turut menambah bahawa keinginan sesetengah pihak untuk menjadi popular turut mencacatkan penerbitan video ini secara keseluruhannya. Diharapkan para exco Sapphire dapat memastikan bahawa perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan.

Tuesday, October 05, 2004

Untuk Marathon

Kampung Sapphire, KYUEM - Para junior rumah Sapphire telah mengadakan satu latihan marathon yang baru sahaja berlansung sebentar tadi. Tujuan marathon ini adalah untuk membolehkan ahli-ahli rumah Sapphire mengenal jalan yang bakal dilalui, serta mengukur keupayaan diri bagi persediaan menghadapi cabaran sebenar pada hari Ahad yang akan datang.

Turut terlibat sama dalam latihan yang sama adalah beberapa kerat ahli senior rumah Sapphire. Sumber-sumber yang tidak dapat disahkan memberitahu bahawa ada sebilangan daripada ahli senior berkenaan terlibat sama dengan niat untuk mengurangkan berat badan dan menukar bentuk badan kepada bentuk yang lebih aerodinamik. Ahli-ahli senior juga telah bersedia untuk membantu rumah Sapphire dalam usaha untuk memenangi marathon tahun ini bagi acara keseluruhan.

Saturday, October 02, 2004

Debate....any news partner

so eager to come out with a blog...then, what is happening now....rarely up-dated (ditujukan khas kepada 'kyuem sapphire' and kepada ssaper yg terase :P)

well, we lost in the final debate against Garnet...like Aaron said, it's like tradition for sapphire, we'll lost only with one or two points..(and then he continued...a few points..hehehe...)

they have done a good job